Skip to main content

Bola Sepak

Aguero atasi rekod Henry dalam EPL

sergioaguero.jpg
Sergio Aguero muncul penjaring terbanyak bukan Inggeris dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menjaringkan hatrik ketika membantu Manchester City menewaskan Aston Villa 6-1 di Villa Park awal pagi tadi.

Penyerang kebangsaan Argentina itu merembat masuk gol pembukaan dari jarak 20 ela dalam babak pertama sebelum menambah dua lagi jaringan dalam babak berikutnya.

Ia menyaksikan Aguero menghimpunkan 177 gol dalam liga divisyen utama itu untuk mengatasi rekod 175 gol bekas penyerang Arsenal dan Perancis, Thierry Henry.

Aguero, 31, kini berada di tangga keempat dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman EPL di belakang Andy Cole (187), Wayne Rooney (208) dan Alan Shearer (260).

Dia yang menyertai City daripada Atletico Madrid dengan perpindahan bernilai  £38 juta (RM201.7 juta) pada 2011, juga merupakan penjaring terbanyak pasukan itu dengan 248 gol dalam kesemua kejohanan.



Editor: Muzaffar Musa

Advertisement

Must Watch Video