Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: Selepas empat pertemuan, JDT buru kemenangan pertama ke atas Buriram

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt1.jpg
Johor Darul Ta'zim (JDT) akan menyingkap tirai saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2025-26 dengan bertandang ke laman Buriram United di Chang Arena malam ini.

Menjelang aksi pembukaan zon Asia Timur itu, JDT kelihatan akan memburu kemenangan pertama ke atas seteru ASEAN berkenaan.

Ini kerana berdasarkan empat pertemuan lalu, Harimau Selatan tewas dua kali dan seri sebanyak dua kali.

Dalam pertemuan terakhir kedua-dua pasukan itu, JDT tewas tipis 0-1 dalam perlawanan kedua pusingan 16 ACLE 2024-25 di Chang Arena pada 11 Mac lalu.

Aksi pertama seminggu sebelum pertemuan itu pula menyaksikan kedua-dua pasukan berkenaan terikat tanpa jaringan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di Iskandar Puteri.

Dalam aksi peringkat kumpulan kempen sama, JDT turut terikat tanpa jaringan dengan Buriram di SSI pada 3 Disember tahun lalu.

Pertemuan paling awal di antara kedua-dua pasukan itu ialah ketika mereka bertemu dalam satu aksi persahabatan pramusim di Chang Arena pada 14 Januari 2017 dan ketika itu, JDT tewas 0-1 hasil jaringan Diogo Luis Santo, yang kemudian menyertai JDT dua tahun kemudian sebelum mengumumkan persaraannya di Harimau Selatan ketika berusia 36 tahun pada 2023.

ACLE: SIARAN LANGSUNG & LIVE STREAMING BURIRAM UNITED VS JDT

Tarikh: 16 September 2025
Saluran: Astro Arena Bola (803)
Lokasi: Chang Arena, Thailand
Masa: Bermula 7.30 petang

Anda juga boleh strim menerusi Astro Go atau Sooka dan maklumat terkini di Stadium Astro!
 

Advertisement

Must Watch Video