Sebaliknya, pasukan yang menduduki tempat ketiga Liga J1 musim lalu itu berasakan cabaran kuat tetap menanti mereka sekali pun lawan turut mempunyai rekod kurang baik bertemu kelab Jepun.
“This situation is not an advantage”, Go Kuroda on ketiadaan Hector Hevel, Joao Figueiredo dan Jon Irazabal. ?@ASTROARENA pic.twitter.com/yyYrWI1X2s
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) September 29, 2025
Tiga pemain JDT, Hector Hevel, Joao Figueiredo dan Jon Irazabal antara tujuh pemain warisan Malaysia digantung selama 12 bulan Persekutuan Bola Sepak Antarabanga (FIFA) atas dakwaan mengemukakan dokumen palsu.
Bercakap dalam sidang media, Pengendali Machida Zelvia, Go Kuroda, berkata, “Sebenarnya, situasi ini tidak banyak berubah. Kita mahu menonjolkan Machida Zelvia sebagai sebuah pasukan yang bagus.
“Jadi, kita tahu (JDT) kehilangan tiga pemain di pihak mereka. Pihak kita juga ada pemain yang mahu bermain tetapi tidak boleh disebabkan faktor tertentu.
Advertisement
“Jadi, situasi ini tidak memberi kelebihan kepada kita. Kita perlu bermain dan menunjukkan cara bola sepak kita."

JDT Power
Semua cabaran pasti ditempuhi dengan semangat membara, lebih-lebih lagi bila pakai jersi JDT ini.
Beli Sekarang