Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: Status pemain Negara Haram kelab Jepun kini terjawab menjelang bertemu JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

machida.jpg
Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal menerima kunjungan kelab Liga J1, Machida Zelvia, bagi aksi kedua peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, esok.

Persoalan telah mula ditimbulkan apabila JDT diundi bertemu Machida dalam saingan musim 2025-2026 apabila mereka telah mendaftar salah seorang pemain Israel, Neta Lavi dari Gamba Osaka.

Menerusi ciapan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Machida mengesahkan tidak membawa pemain tersebut bagi aksi kedua esok. 
 

“Di bawah sinaran matahari, Machida Zelvia memilih untuk melakukan latihan rasmi jam 11.00 pagi dan kelab Jepun itu sah hadir ke Malaysia tanpa pemain Israel Neta Lavi,” katanya di X.

Kali terakhir pemain Israel beraksi di Malaysia adalah terakhir pemain adalah Israel Yossi Benayoun ketika bersama Chelsea pada 2011 yang meraih pelepasan khas. 




 
100 Plus

Bukan Sekadar Jersi, Tapi Identiti

Daripada padang ke jalanan, jersi JDT melambangkan semangat juang dan sokongan padu anda.


Gayakan Jersi JDT

Advertisement

Must Watch Video