Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: Al-Ahli muncul juara buat julung kali

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ahli.jpg
Al-Ahli mencipta sejarah apabila merangkul trofi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim 2024-2025 apabila mengatasi kelab Jepun, Kawasaki Frontale.

Kedua-dua pasukan bertemu di pentas final setelah Al-Ahli menumbangkan Al-Hilal sementara Kawasaki Frontale pula mengejutkan kelab gergasi, Al-Nassr yang diketuai Cristiano Ronaldo.

Roberto Firmino, Riyad Mahrez dan Ivan Toney membarisi jentera serangan Al-Ahli manakala Kawasaki Frontale hanya sekadar menurunkan dua pemain import, Erison dan Marcinho.

Ahli membuka jaringan menerusi Wenderson Galeno menewaskan penjaga gol, Louis Yamaguchi sebelum bekas pemain tengah Barcelona, Franck Kessie, menambah kelebihan buat Al-Ahli dengan gol kedua pada minit ke-42.

Skrip separuh masa kedua menyaksikan Al-Ahli berusaha menambah jaringan di kala Kawasaki mencari gol pertama.

Namun perlawanan yang berlangsung di Jeddah, Arab Saudi itu berakhir dengan keputusan 2-0 memihak Al-Ahli sekaligus bergelar juara ACLE buat julung kalinya.

Ini merupakan kejuaraan ACLE pertama buat pasukan Al-Ahli setelah tewas di perlawanan akhir pada edisi 1985-1986 dan 2012 tatkala ini adalah pencapaian terbaik Kawasaki Frontale di pentas tertinggi Asia.

Advertisement

Must Watch Video