Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, perlu menunggu masa yang sesuai untuk menguji jentera WXR dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Ia susulan tindakan penganjur yang tidak membenarkan mana-mana pelumba menguji Velodrom Izu.
Versi baru WXR itu merupakan basikal trek kompetitif termahal dunia yang bernilai RM300,000 dan ia menjalani proses menaik taraf bagi tujuan melancarkan pergerakan roda selain dicat dengan warna lebih garang.
"Alhamdulillah kami selesai menjalani latihan tujuh minggu di negara; dua minggu kuarantin di Kompleks Sukan Kampung Pandan dan lima minggu latihan keras di Nilai.
"Semuanya berjalan dengan lancar, syukur tiada apa-apa masalah. Tiada masalah kesihatan dan kecederaan.
"Kami semua teruja (untuk memulakan pertandingan).
"WXR tidak jauh beza dengan model sebelumnya cuma sentuhan akhirnya tampak lain berbanding model sebelumnya yang berwarna hitam mati.
"Untuk edisi ini ia menggunakan lapisan cat tanpa warna di bahagian luar untuk menyerlahkan karbon fiber dan juga titanium di bahagian penyambungannya.
"Sudah tentu saya teruja untuk memakai basikal baru ini walaupun lebih kurang sama dengan sebelumnya, ia membawa semangat Sukan Olimpik Tokyo.
"Saya harap semua rakyat Malaysia dapat memberikan sokongan padu kepada saya dan Shah Firdaus untuk membawa pulang pingat emas, Insya-Allah," katanya yang merupakan kontinjen terakhir dari Kuala Lumpur yang tiba di Jepun semalam.
Pemenang dua gangsa dalam Kejohanan Dunia 2020 itu dan rakan sepelatihnya, Muhammad Shah Firdaus Sahrom, akan beraksi dalam pecut individu dan keirin.
Pelumba berusia 33 tahun itu secara terbuka mengumumkan sasarannya ialah pingat emas dalam penampilan keempat selepas meraih gangsa menerusi keirin dalam temasya Rio 2016.
Berdasarkan prestasi semasa, Azizul antara pelumba pilihan juara dalam kedua-dua kategori dalam acara yang akan membuka tirai, 4 Ogos depan.
"Basikal baru ini tidak banyak beza pun, cuma lebih ringan dan finishing berbeza, menyerlah.
"Selebihnya semuanya sama daripada basikal sebelum ini," kata shah Firdaus.