Skip to main content

Bola Sepak

EURO 2024: Penggantungan Demiral tambah tekad Turkiye singkir Belanda

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

montella.jpg
Semangat Turkiye kian membara berikutan penggantungan "tidak adil" yang terpaksa ditanggung Mehdi Demiral, kata ketua jurulatih, Vincenzo Montella.

Demiral menyumbangkan kedua-dua gol Turkiye dalam kemenangan 2-1 ketika menyingkirkan Austria dalam pusingan 16 EURO 2024. 

Kemenangan itu menyaksikan mereka menempah pertemuan suku akhir dengan Belanda tanpa pertahanan utama mereka itu. 

Bek tengah itu digantung dua perlawanan oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), semalam, berikutan meraikan kemenangan mereka isyarat tangan yang membawa maksud'salam serigala' yang dikaitkan dengan kumpulan pelampau sayap kanan, Grey Wolves.

Montella kemudian mengecam penggantungan itu dalam sidang akhbar pra-perlawanannya.

Dia berkata: "Kami menganggap hukuman ini sebagai tidak adil kerana ia bukan satu isyarat politik. Ia hanya ditafsirkan begitu tetapi ia hanya satu isu yang mereka tidak mempunyai pemahaman yang tepat. 

 
"Tetapi ini tidak akan mematahkan semangat Turki. Sebenarnya, kami akan menjadi lebih ghairah, lebih bangga.

“Kami mahu membanggakan negara dan saya pasti kami semua akan bermotivasi tinggi, termasuk peminat.




"Peminat kami cukup luar biasa, penuh semangat. Mereka benar-benar telah menzahirkan semangat dan cinta mereka bermula di hotel hingga ke stadium, kemudian kembali ke hotel.

"Percaturan kami juga sentiasa tepat. Dan itulah yang saya harapkan daripada peminat -- satu bentuk sokongan yang hebat."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video