Luka Modric mengakui dia berdepan masa depan yang tidak menentu selepas Croatia terkandas di peringkat Kumpulan B, awal pagi tadi.
Keputusan seri 1-1 tidak memadai untuk Croatia menempah tempat ke pusingan berikutannya, malah lebih mengecewakan mereka dengan Itali menerusi jaringan Mattia Zaccagni pada masa kecederaan.
Walaupun dihantui kehampaan, pemain tengah Real Madrid berusia 39 tahun itu masih belum mampu menentukan kelibatnya di peringkat antarabangsa.
"Saya ingin terus bermain selama-lamanya tetapi mungkin akan tiba masanya saya harus menggantung but," katanya.
“Saya akan terus beraksi tetapi saya tidak tahu berapa lama lagi.
"Kami sangat tertekan. Kami berjuang hingga wisel penamat tetapi malangnya, bola sepak tidak mempunyai belas kasihan terhadap kami pada malam ini. Ia lebih kejam hari ini malah dalam perlawanan terdahulu yang menyaksikan kami juga dibolosi gol lewat permainan.
"Tetapi ini adalah sebahagian daripada bola sepak. Selalunya ia memberikan anda banyak senyuman, namun pada masa lain ia membuatkan anda sangat sedih seperti hari ini, kalah dengan cara seperti ini.
"Sukar apabila anda tersingkir seperti ini dan untuk mencari perkataan bagi menggambarkan perasaan anda. Sudah tentu, kami perlu bangkit semula. Tetapi itulah caranya.
“Dan seperti yang saya katakan sebelum ini, mungkin ia tidak adil kerana kami benar-benar berjuang demi Croatia sejak dari wisel pertama hingga akhir, dan keputusannya seperti ini pula.
"Nasib tidak sentiasa menyebelahi kami, namun kami harus berbangga dengan cara kami mewakili negara kami pada malam ini."

?? Luka Modrić is the oldest ever goalscorer in EURO history at the age of 38 years and 289 days ?#EURO2024 pic.twitter.com/OVTByWBLQF
— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) June 24, 2024