EURO 2024
Euro 2024: Apa itu 'snickometer'? Teknologi yang buat Belgium berputih mata
Belgium membuat permulaan yang paling buruk kempen Euro 2024 mereka apabila mereka tewas mengejut menentang Slovakia dalam perlawanan pembukaan mereka.
Ivan Schranz merupakan wira untuk pasukan kendalian Fracesco Calzona, memanfaatkan kesilapan pertahanan Belgium untuk menyempurnakan jaringan dalam tempoh sepuluh minit pembukaan perlawanan.
Pasukan pilihan perlawanan kelihatan gagal menyudahkan peluang demi peluang, bagaimanapun berjaya meletakkan bola di belakang jaring dua kali, hanya untuk Romelu Lukaku melihat usahanya dibatalkan.
Iklan
Gol pertama menyaksikan Lukaku dalam kedudukan ofsaid, manakala gol kedua penyerang Chelsea selepas teknologi 'snickometer' membuktikan bola terkena tangan Lois Openda.
Ketika rakaman VAR itu ditayangkan, peminat disambut dengan animasi yang tidak pernah dilihat sebelum ini dalam bola sepak, yang menunjukkan 'snickometer' mengambil bunyi bola terkena tangan Openda ketika melancarkan serangan. Terdapat lonjakan gelombang bunyi apabila bola terkena lengan pemain RB Leipzig itu, menunjukkan bahawa bola telah membuat sentuhan.
![](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://d3lbfr570u7hdr.cloudfront.net/stadiumastro/media/sa-images/2024/06-jun/19/snickometer.jpg)
Elemen baharu bola sepak menggunakan teknologi yang melibatkan mikrocip diletakkan di dalam bola dan menggunakan penderiaan gerakan untuk merekodkan setiap sentuhan yang dibuat pada kelajuan 500 kali sesaat -- Teknologi itu adalah serupa dengan apa yang dilihat dalam sukan kriket.
Must-Watch Video