Tiga wakil negara akan turun bagi saingan suku akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Pusat Sukan Olimpik Ningbo, China hari ini.
Beregu campuran, Chen Tang Jie- Toh Ee Wei, akan memulakan cabaran negara dengan menghadapi pasangan Korea Selatan, Kim Jae Hyeon-Jang Ha Jeong.
Petang ini, beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah, pula akan bertemu gandingan China, Li Yi Jing-Luo Xu Min.
Melengkapkan cabaran negara selepas itu ialah beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, yang akan berdepan gandingan Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Ki Dong Ju.
