Skip to main content

Advertisement

Badminton

BAC: Juara dunia tumbang di tangan beregu bukan pilihan

tang jie ee wei

Beregu campuran negara utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, kandas dalam suku akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) apabila tewas kepada pasangan bukan pilihan dari Korea Selatan, Kim Jae Hyeon-Jang Ha Jeong, di Pusat Sukan Olimpik Ningbo sebentar tadi.

Turun selaku pilihan keempat, gandingan juara dunia itu menguasai awal permainan tetapi menuju ke pertengahan set pertamna, mereka mula kehilangan rentak sebelum akur melepaskan set berkenaan dengan kekalahan 19-21.

Advertisement

Keadaan kian parah buat pasangan negara itu apabila mereka tidak pernah dapat mendahului lawan sepanjang set kedua untuk akhirnya akur tersingkir dengan kekalahan 17-21 selepas secara keseluruhan bertarung selama 46 minit.

 

Must Watch Video