Dua pelumba negara mengalami nasib berbeza dalam perlumbaan 1 pusingan pertama SS600 FIM Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Dua pelumba Idemitsu Honda Racing Malaysia berkenaan, iaitu Khairul Idham Pawi dan Helmi Azman, masing-masing memulakan perlumbaan di petak utama dan ketujuh tetapi takdir di atas litar selepas itu menceritakan sebaliknya.
Advertisement
KIP berhasil mengetuai perlumbaan pada awal saingan manakala Helmi pula, sedikit demi sedikit, mula mengejar kelompok depan.
Bagaimanapun memasuki enam pusingan terakhir, KIP mula kehilangan cengkaman tayar depannya dan situasi itu dimanfaatkan sepenuhnya Helmi untuk memintas ke kedudukan paling depan untuk memimpin perlumbaan manakala KIP pula jatuh ke tangga ketiga di belakang pelumba Thailand, Anupab Sarmoon.
Masalah tayar terus mengganggu rentak pelumbaan KIP dan dia tidak dapat meneruskan perlumbaan berbaki dua pusingan terakhir gara-gara terjatuh dari jenteranya.
Helmi, dalam pada itu, terus melebarkan penguasaaannya untuk bergelar juara meninggalkan Anupab dan pelumba Indonesia, Herjun Atna Firdaus, masing-masing di tempat kedua dan ketiga.