Skip to main content

Bola Sepak

Euro 2020: 'Sains' di sebalik kekalahan penentuan penalti England kepada Itali

saka.jpg
England mengalami kekalahan yang mengecewakan kepada Itali selepas terikat 1-1 di Wembley dalam final Euro 2020, dan pengurus skuad wanita Chelsea, Emma Hayes, mengetahui apa yang berlaku di sebalik kekalahan tersebut.

Hayes menjelaskan 'sains' di sebalik kekalahan England dalam penentuan penalti kepada Itali dalam final Euro 2020 menerusi Mirror.co.uk.

The Three Lions dan Azzuri terikat 1-1 selepas tamat 120 minit di Wembley, mereka mendahului menerusi jaringan Luke Shaw pada minit kedua sebelum Itali menemui jalan untuk bangkit dalam separuh masa kedua menerusi Leonardo Bonucci.

Selepas pertembungan sengit antara England-Itali, penalti bertindak sebagai penentu kemenangan Euro 2020.

Itali mengambil sepakan pertama, di hadapan penyokong England, dan gagal menyempurnakan sepakan kedua manakal England menjaringkan kedua-dua percubaan pertama.

Bagaimanapun, tiga pemain England, Marcus Rashford, Jadon Sancho dan Bukayo Saka gagal mengatasi Gianluigi Donnarumma, sekaligus menyaksikan Itali menang 3-2.

Bercakap kepada ITV selepas perlawanan, pemenang Liga Super Wanita bersama Chelsea, Hayes, mengakui Itali meraih kelebihan dalam penentuan penalti.

“Penalti adalah seperti sains dan pasukan yang mengambil sepakan pertama sentiasa memiliki kelebihan," jelasnya.

“Walaupun Pickford berjaya menafikan percubaan, Itali masih lagi memiliki kelebihan. Saya berasakan tekanan menyelubungi pemain England, Donnarumma bijak membaca haluan sepakan dan ia sesuatu yang cukup menakjubkan.

“Dengan fizikal yang besar, Donnarumma tenang membaca gerakan sepakan penalti. Itu sebab Itali memenangi perlawanan ini.”



Bekas pemain Manchester United, Roy Keane, memuji usaha kedua-dua penjaga gol atas jaringan yang berjaya diselamatkan serta enggan mengkritik mana-mana pemain England di sebalik kekalahan ini.

Dia berkata, "Ini adalah malam yang luar biasa, malam bola sepak yang cemerlang. Saya berkata kepada Gary Neville apabila perlawanan diheret ke penantuan penalti, saya tidak berasakan rasa mana-mana pasukan berhak kalah.

"Seseorang harus gagal menyempurnakan sepakan penalti, tetapi ini bukanlah peluang untuk mengkritik mana-mana pemain, Gareth dan stafnya.

"Saya berasa mereka hebat. Daripada mengkritik pemain yang gagal melunaskan jaringan, saya mengagumi pemain yang melangkah ke hadapan.

"Semua kredit diberikan kepada kedua-dua penjaga gol, mereka telah beraksi dengan cemerlang.

"Malam yang perit buat England, tetapi kadang-kala anda perlu tewas untuk menang. Piala Dunia akan berlangsung tahun depan dan pemain-pemain akan menjadi lebih baik."
 

Advertisement

Must Watch Video