Skip to main content

Berbasikal

Yusof Hafizi sumbang emas kelapan negara di Filipina

Yusof

Kecemerlangan skuad basikal trek para negara tidak boleh disangkal lagi apabila kelibat pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia UCI, Yusof Hafizi Shahruddin, berjaya menyumbang pingat emas kelapan negara susulan kejayaan muncul terpantas dalam acara C1 kejar-mengejar individu dalam perlumbaan akhir berdepan wakil Arab Saudi, Mohammed Almarri.

Pelumba berusia 29 tahun itu mengenepikan cabaran lawan dengan catatan masa satu minit 19.540 saat untuk raih emas sementara Almarri akur dengan perak dan gangsa menjadi milik Seok Hojin dari Korea Selatan.

Advertisement

Ini merupakan kilauan pingat emas peribadi keempat Yusof di Tagatay menerusi acara pecut, penyingkiran dan ujian masa.

Sementara seorang lagi wakil Malaysia dalam kategori Kelas B wanita akhir, Nur Azlia Syafinas dan jurupandu, Nurul Suhada Zainal akur dengan pingat perak selepas tewas kepada wakil Kazakhstan yang tampil lebih pantas dengan catatan 2 minit 26.028 saat.

Secara keseluruhan kem negara mengakhiri cabaran di Tagatay dengan pungutan 8 emas, 5 perak dan 2 gangsa.

Must Watch Video