Skip to main content

Bola Sepak

FAM percaya kemampuan Bojan Hodak kemudi Harimau Malaya

FFF
Advertisement

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ab Ghani Hassan, percaya kredibiliti, pengalaman luas serta rekod pencapaian yang dimiliki Bojan Hodak mampu memacu Harimau Malaya ke tahap yang lebih cemerlang.

Teka-teki mengenai pengendali baru skuad kebangsaan akhirnya terjawab hari ini selepas FAM mengumumkan Hodak sebagai ketua jurulatih bagi menggantikan Peter Cklamovski yang meninggalkan pasukan Jun lalu.

Advertisement

Bojan Hodak bukanlah nama asing buat peminat bola sepak tanah air apabila dia pernah mengendalikan beberapa pasukan antaranya Kelantan, Johor Darul Ta'zim dan Kuala Lumpur city dengan rekod sempurna menjulang semua trofi kejuaraan domestik.

Malah, di Indonesia, pengendali kelahiran Zagreb, Croatia berusia 55 tahun itu turut mampamerkan sentuhan emas apabila membantu Persib Bandung muncul juara liga tiga musim berturut-turut edisi 2023/24, 2024/25 serta 2025/26 sebelum beralih peranan selaku penasihat teknikal kelab itu pada Mei.

Advertisement

Nadi Arena sebelum ini melaporkan Hodak bakal kembali ke Kelana Jaya selepas kali terakhir berkhidmat di Wisma FAM sebagai ketua jurulatih skuad B-19 negara.

Selain Bojan, FAM turut mengumumkan Tan Cheng Hoe sebagai pengarah pasukan kebangsaan.

"Kami percaya pengalaman Bojan Hodak dalam bola sepak Malaysia dan di rantau Asia Tenggara ini merupakan kelebihan penting.

"Selain kejayaan dia bersama kelab di Malaysia dan Indonesia, melihat keupayaan dia, kita tahu pasukan yang kompetitif mampu bersaing capai kejayaan.

"Kami harap dengan pelantikan ini, Bojan dapat beri hala tuju baru buat Harimau Malaya." katanya ketika dihubungi.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Related Topics

Must Watch Video