Beregu muda negara, Aaron Tai-Yap Roy King, meletakkan sasaran untuk menembusi kelompok 10 terbaik dunia tahun depan selepas menunjukkan perkembangan positif sejak digandingkan beberapa bulan lalu.
Aaron mengakui tidak menyangka gandingan mereka mampu mencipta kejayaan besar dalam tempoh singkat, namun percaya keserasian corak permainan menjadi antara faktor utama yang membantu mereka meraih keputusan memberangsangkan.
"Saya rasa perlu lebih fokus dan capai 10 kelompok terbaik." katanya.
Untuk rekod, beregu muda negara itu muncul juara Terbuka Artik sebelum menjuarai Masters Jepun baru-baru ini.
Kejayaan itu menyaksikan Aaron-Roy King melonjak 19 anak tangga untuk berada di kedudukan untuk berada di ranking ke-38 dunia ketika ini.