Skip to main content

Berbasikal

Usia 58 tahun, jiwa masih BMX!

steven leong bmx

"Hati saya masih untuk BMX," kata legenda berbasikal BMX negara, Steven Leong, yang masih lagi mengambil peluang berlumba dalam Kejohanan Berbasikal BMX Racing Kebangsaan 2026 meskipun sudah berusia 58 tahun.

Mengimbau kenangan berlumba sejak era 80-an, ia memberikan pengalaman hebat buat Steven, yang sempat merasai zaman 'old school' dan 'new school'.

Baginya, ia ibarat dunia yang berbeza tetapi adrenalinnya tetap sama.

Lebih menarik, Steven juga berkongsi dia pernah mengeluarkan wang saku sendiri untuk berlumba dalam Kejohanan BMX Dunia UCI pada 2005, sebaris dengan legenda BMX dunia, Bubba Harris.

"Saya mula berlumba ketika berusia 12 atau 13 tahun pada awal 80-an," katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.

"Ketika itu filem E.T. keluar dan ia sangat popular dengan BMX. Selepas itu saya sambung belajar di UK dan setiap minggu kami ada perlumbaan di England.

"Saya menyertai Kejohanan Eropah di Belanda pada penghujung 80-an. Ia waktu yang amat hebat, kami menggelarnya Old School. Litarnya berbeza kerana ketika itu BMX belum mencapai standard Sukan Olimpik.

"Kini, BMX merupakan sukan dalam Sukan Olimpik, jadi amat jauh berbeza. Litarnya lebih laju, tanjakannya lebih besar, dan ia lebih kepada sukan prestasi elit sekarang."

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Related Topics

Must Watch Video