Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Dodgeball Majlis Sukan Sekolah Johor edisi keempat 2026

Dodgeball
Advertisement

Kejohanan Dodgeball Majlis Sukan Sekolah Johor (MSSJ) Edisi Ke-4 Tahun 2026 telah berlangsung dengan meriah di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Muar, dengan menghimpunkan hampir 50 pasukan dari seluruh negeri Johor.

Kejohanan anjuran Majlis Sukan Sekolah Johor dengan kerjasama SMKA Haji Mohd Yasin, Muar ini mencatatkan pelibatan hampir 1,000 orang, terdiri daripada murid dan guru. Sambutan yang amat menggalakkan ini membuktikan bahawa sukan dodgeball semakin mendapat tempat dalam kalangan warga pendidikan di negeri Johor.

Advertisement

Menurut Pengarah Program, Muhamad Najib bin Mahadi, penganjuran edisi kali ini mencipta lembaran baharu apabila daerah Muar buat julung kalinya menjadi tuan rumah kejohanan setelah tiga tahun berturut-turut dianjurkan di daerah Johor Bahru.

Penganjuran kejohanan di peringkat negeri ini bukan sekadar menyediakan platform pertandingan, malah merupakan satu landasan strategik dalam usaha mengenal pasti, menggilap dan mengetengahkan bakat atlet murid ke peringkat kebangsaan serta antarabangsa.

Advertisement

Sepanjang penganjurannya, kejohanan ini telah menjadi antara medan pembangunan bakat yang berjaya melahirkan ramai atlet dodgeball yang seterusnya berpeluang menyarung jersi kebangsaan dan mengharumkan nama Malaysia.

Kejayaan tersebut membuktikan bahawa pembangunan sukan secara sistematik dan berterusan di peringkat sekolah mampu menyediakan laluan yang signifikan dalam melahirkan atlet berprestasi tinggi untuk negara.

Kejohanan edisi keempat ini turut mendapat tajaan rasmi daripada REVOSPORTS, di samping sokongan dan komitmen penuh sekolah-sekolah di seluruh negeri Johor.

Sinergi antara MSSJ, pihak sekolah, guru, jurulatih dan rakan strategik merupakan tunjang penting dalam memperkukuh ekosistem pembangunan sukan sekolah yang lebih progresif, kompetitif dan mampan.

MSSJ komited untuk memastikan kesinambungan penganjuran kejohanan ini sebagai medan pembangunan bakat pelapis, sekali gus memperkukuh kedudukan Johor sebagai antara penyumbang bakat sukan dodgeball kepada negara.

Daripada gelanggang sekolah ke persada dunia, setiap bakat yang dikenal pasti hari ini berpotensi menjadi kebanggaan negara pada masa hadapan.

“Bersama Memartabatkan Sukan.”

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Related Topics

Must Watch Video