Skip to main content

Bola Sepak

UEL: Panas! Sebab bendera Palestin, polis tembak gas mata, aksi tangguh 30 minit. Pergaduhan dahsyat cetus kekecohan

Besiktas
Advertisement

Perlawanan Liga Europa (UEL) antara Besiktas dan Hapoel Beer-Sheva telah dihentikan selama 30 minit susulan pergaduhan yang tercetus di tempat duduk penonton, dengan rakaman video menunjukkan pihak polis berdepan dengan penyokong Besiktas.

Perlawanan itu dipindahkan ke Batumi, Georgia, setelah diputuskan bahawa ia tidak boleh diadakan di Turkiye atas faktor keselamatan.

Advertisement

Menurut Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA), pengadil Morten Krogh menghentikan aksi pada minit ke-26, dan ia disambung semula selepas tertangguh selama 30 minit.

Polis Georgia memasuki kawasan tempat duduk penonton, dan rakaman menunjukkan seorang penyokong dibawa keluar menggunakan pengusung.

Advertisement

Media Turkiye melaporkan bahawa polis menggunakan gas pemedih mata bagi meleraikan keadaan, namun ia bertambah serius dengan penyokong semakin berang untuk menyelamatkan diri.

Barisan pengadil dan pemain Besiktas meninggalkan padang sebelum perlawanan diteruskan, dengan tuan rumah itu akhirnya mencatat kemenangan 2-1.

Rakaman dari stadium menunjukkan penyokong Besiktas mengibarkan bendera Palestin di tempat duduk penonton.

Menteri Dalam Negeri Turkiye, Mustafa Ciftci, menyatakan di media sosial bahawa beliau telah berbincang dengan rakan sejawatnya dari Georgia, Sulkhan Tamazashvili, berhubung insiden tersebut.

Menurut Ciftci, Tamazashvili memaklumkan bahawa pegawai UEFA -- bukan pihak berkuasa Georgia -- yang merampas bendera-bendera Palestin tersebut. Ciftci menambah bahawa Tamazashvili telah menghantar Timbalan Menterinya ke stadium selepas kekecohan itu berlaku.

Pihak kelab telah membangkitkan isu ini kepada delegasi perlawanan UEFA dan Konsulat Jeneral Turkiye di Batumi, sambil menambah bahawa Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, sedang memantau situasi tersebut.

Menteri Belia dan Sukan Turkiye, Osman Askin Bak, turut meluahkan kecaman keras di media sosial terhadap campur tangan yang tidak wajar oleh pasukan keselamatan.

"Kami menentang segala bentuk diskriminasi dan ketidakadilan yang tidak selari dengan nilai-nilai sejagat dalam sukan," kata Bak.

Persekutuan Bolasepak Turkiye (TFF) turut menyuarakan sentimen yang sama dalam satu kenyataan di media sosial.

Kelab-kelab Turkiye yang lain, termasuk Galatasaray, Fenerbahce, dan Trabzonspor, turut mengeluarkan kenyataan di media sosial bagi menyatakan solidariti terhadap Besiktas serta mengutuk tindakan pasukan keselamatan.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video