Naib juara Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim lalu tewas! Pendahulu terpaku.
Tiada apa yang mustahil dalam bola sepak. Tiada siapa menyangka ia berlaku.
PKR Svay Rieng menghidupkan peluang untuk mara ke pusingan seterunya apabila mencipta sejarah menjadi pasukan Kemboja pertama menewaskan gergasi Jepun, Machida Zelvia, dalam perlawanan Kumpulan G Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2), malam tadi.
Kejutan berlaku menyaksikan Svay Rieng mampu menundukkan Zelvia selaku tempat pertama dalam kumpulan, sekali gus bakal menjadi pasukan pertama negara itu untuk ke peringkat kalah mati.
𝗙𝗧 | 🇰🇭 Preah Khan Reach Svay 2️⃣-0️⃣ FC Machida Zelvia 🇯🇵 The hosts end Machida Zelvia's unbeaten run to close the gap in Group G! #ACLTwo | #SVAvMAC https://t.co/7U7bTTTOg6
— #ACLElite | #ACLTwo (@TheAFCCL) November 26, 2026
Jaguh Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee itu juga baru-baru ini mengalahkan wakil Thailand, Port, dalam pertandingan serantau tersebut.
Aksi terakhir bakal menjadi tumpuan besar. Mampukah Zelvia kekal selaku juara kumpulan jika berjaya seri atau menang ke atas Tampines Rovers atau Svay Rieng bakal memintas sekiranya berhasil memalukan wakil China, Shanghai Shenhua.
Atau adalah Shanghai Shenhua yang melakukan magis untuk lolos.
Semuanya tertumpu pada Khamis minggu hadapan.