Kemas kini Ranking MA Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menyaksikan Malaysia berpeluang memiliki dua wakil dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) pada musim-musim berikutnya selepas berjaya memperbaharui kedudukan dalam ranking kelab zon timur.
Malaysia memintas China dan menjadi negara kedua terbaik di Asia Tenggara (ASEAN) di belakang Thailand. Secara keseluruhan, Malaysia berada pada tangga kesembilan dalam ranking keseluruhan Asia.
Ketika ini, Malaysia dan Australia sedang bersaing sihat bagi terus memperkukuh kedudukan masing-masing.
After all matches this week, ๐ฒ๐พ Malaysia win the battle for 4th and now lead Australia by ~0.2 points only ๐ธ๐ฌ Singapore kept their 7th spot, but now only have ~1 point gap to Vietnam ๐ฎ๐ฉ Indonesia and ๐ฐ๐ญ Cambodia kept their points gap after both nations earned 1 point this week
โ Footy Rankings (@FootyRankings) November 26, 2026
Sekiranya berjaya konsisten, malah lebih baik maka Malaysia boleh memperoleh slot 1+1 bagi ACLE secara merit dan playoff. Jika Australia berjaya dipintas, maka kedua-dua slot ACLE akan layak secara merit.
Johor Darul Ta'zim (JDT) bersama Kuching City yang beraksi dalam Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) menggalas tanggungjawab besar perlu meraih keputusan positif untuk terus membantu meningkatkan ranking negara musim ini.
Harimau Selatan dan The Cats masih berpeluang untuk mara ke peringkat seterusnya ketika ini.