Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Terharu sambutan penyokong di Nairobi, Arsenal tekad tamatkan penantian

j

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, berjanji untuk menantikan kemarau gelaran Liga Juara-Juara (UCL) dengan syarat perlu mengatasi Paris Saint-Germain (PSG) dalam perlawanan akhir di Budapest, Hungary, awal pagi esok.

Penyokong The Gunners masih segar dengan kejayaan menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi menamatkan penantian selama 22 tahun setelah mengatasi tentangan hebat daripada Manchester City dengan kelebihan tujuh mata.

Kejayaan itu disambut oleh peminatnya di serata dunia terutama di Nairobi, Kenya, yang menyaksikan lautan manusia berhimpun sempena sambutan meraikan kejuaraan liga.

Dan Arsenal yang pastinya dalam keyakinan tinggi berpeluang menikmati kemanisan berganda apabila bakal berhitung dengan kelab Perancis, PSG, dengan Arteta melaungkan: "Arsenal mempunyai rekod yang mengagumkan di England, dengan banyak gelaran utama. Nagaimanapun, di Eropah, kisahnya lebih rumit memandangkan kelab ini kurang menikmati kejayaan. Kami adalah kelab global yang dikagumi di seluruh dunia.

"Lihat sahaja sambutan yang kita saksikan baru-baru ini di Nairobi, Kenya. Tetapi saya ingin bertanya kepada anda: di peringkat Eropah, di mana kejayaan selalunya menentukan kelab terbesar, adakah anda berasakan bahawa Arsenal masih perlu mencapai lebih banyak kejayaan lagi untuk dipertimbangkan antara elit Eropah? Dan jika ya, adakah kepercayaan itu berfungsi sebagai motivasi tambahan.

"Jika Arsenal menang, mereka benar-benar akan mendapat tempat mereka dalam kalangan kelab terbesar di Eropah.

"Jelas sekali bahawa kami masih mempunyai banyak cabaran di hadapan kami daripada segi ini dan sejarah kami sudah membuktikannya.


"Itulah sebabnya esok merupakan satu peluang kami kami melakukan sesuatu yang belum pernah dicapai di kelab ini.

"Jika kami berjaya maka ia akan menentukan kedudukan kami selama-lamanya."

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

Must Watch Video