Skip to main content

Berbasikal

LTdL 2027 sudah ada tarikh, misi tarik lebih banyak pasukan WorldTour

LTdL 2027 sudah ada tarikh, misi tarik lebih banyak pasukan WorldTour
Advertisement

Le Tour de Langkawi (LTdL) 2027 bakal berlangsung dari 3 hingga 10 Oktober tahun depan selepas tarikh itu dimuktamadkan dalam kalendar Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

Ketua Pegawai Operasi LTdL, Emir Abdul Jalal, mengesahkan edisi 2027 akan berlangsung di antara Sukan SEA 2027 dan Sukan Para ASEAN 2027.

Advertisement

Pemilihan tarikh lebih awal itu dilihat penting bagi pihak penganjur membuat persiapan lebih rapi, khususnya dari segi kewangan, penajaan dan perancangan keseluruhan perlumbaan.

Lebih besar, ia menjadi usaha untuk menarik lebih banyak pasukan bertaraf WorldTour menyertai perlumbaan berprestij Malaysia itu.

Advertisement

“Kita harap dapat bermula awal dan sasaran utama adalah memastikan sumber penajaan perlu disediakan terlebih dahulu.

“Dengan penajaan yang lebih tinggi akan membantu untuk mendapatkan semula laluan seperti Langkawi.

“Ia juga akan menarik lebih banyak pasukan bertaraf antarabangsa yang mampu menjadi tarikan utama saingan LTdL musim hadapan,” kata Emir.

Selepas edisi ke-30 yang berlangsung dengan laluan mencabar tahun ini, LTdL kini mempunyai masa lebih panjang untuk membina perlumbaan yang lebih besar.

Tarikan utama bukan hanya pada laluan dan nama-nama besar yang hadir, tetapi juga bagaimana perlumbaan itu mampu menjadi jambatan untuk bakat Malaysia bersaing dan diperhatikan pasukan antarabangsa.

Dengan tarikh sudah ditetapkan, tumpuan selepas ini terarah kepada satu sasaran — memastikan LTdL 2027 bukan sekadar perlumbaan yang lebih besar, tetapi platform yang lebih kuat untuk Malaysia.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video