Skip to main content

Bola Sepak

Tiga tenaga import baharu perkuat Negeri Sembilan menjelang lawan JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Nidzam Jamil

Kehadiran tiga tenaga import baru, Anuar Ceesay (Wales), Oday Kharoub (Palestin) dan Kei Oshiro (Jepun) akan menjadi suntikan segar buat Negeri Sembilan menjelang aksi Liga Super menentang juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), di Paroi malam esok.

Ketua jurulatih Skuad Jang, Nidzam Jamil, berkata kemasukan tiga pemain itu adalah sebahagian daripada perancangan berfasa pasukan berkenaan tetapi tahap kecergasan dan keserasian sesama pemain masih bersifat subjektif.

Advertisement

Meskipun rekod tanpa kalah di laman sendiri terus menjadi tonik terbaik buat pasukannya, Nidzam mengakui cabaran sebenar akan tiba ketika mereka berdepan pasukan gergasi seperti JDT.

"Untuk kecergasan agak subjektif tetapi ia akan dari semasa ke semasa kerana liga kita masih panjang dan ada lagi lima hingga enam bulan untuk dihabiskan," katanya kepada Astro Arena.

"Saya harap mereka akan dapat kecergasan yang optimum dari semasa ke semasa.

"Rekod adalah rekod. Kami gembira tidak kalah dalam saingan liga tetapi cabaran dengan pasukan seperti JDT, Kuching City dan Selangor sentiasa menjanjikan aksi yang tegang dan banyak drama.

"Saya harap kami dapat mengekalkan sikap dan minda yang positif untuk mendapatkan keputusan positif dalam perlawanan ini."

 

Must Watch Video