Skip to main content

Bola Sepak

Tiga muka baru JDT bakal cipta karakter berbeza -- Bergson

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

BOS

Penyerang prolifik Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson da Silva, menganggap kemasukan tiga pemain import baru -- Yago Caesar, Marcos Guilherme serta Rui Filipe Cunha atau dikenali sebagai Nene, berpotensi besar membantu pasukan terus memacu kecemerlangan.

Penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super itu mengakui telah mengenali Yago dan Marcos memandangkan kedua-duanya berasal dari Brazil dan mutu permainan yang dipamerkan sukar disangkal.

Advertisement

Bakal pemain naturalisasi Harimau Malaya itu muncul wira Harimau Selatan sewaktu pertemuan menentang Selangor Ahad lalu turut menyifatkan tiga muka baru itu mempunyai karakter berbeza yang belum dimiliki dalam pasukan.

"Saya agak rapat dengan Yago dan Marcos, dan saya tahu mereka berdua boleh membantu JDT meraih lebih banyak kejayaan",

"Kedua-duanya sangat laju, mereka pemain sayap dengan ciri-ciri yang berbeza, kemasukan mereka juga pastinya mampu meningkatkan lagi prestasi permainan saya," katanya kepada wartawan Astro Arena, Ainul Abd Rouf.

Skuad kendalian Xisco Munoz meneruskan rentak kemenangan 13 kali berturut-turut selepas menewaskan Gergasi Merah 2-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). 

Must Watch Video