Skip to main content

Sepak Takraw

Terkini Sukan Asia Aichi-Nagoya: Kem takraw negara ketinggalan, Indonesia dahului mata pertama

Sobey

Malaysia memulakan perlawanan separuh akhir sepak takraw berpasukan lelaki Sukan Asia Aichi-Nagoya dengan langkah kiri apabila tewas regu pertama menerusi kebangkitan sensasi Indonesia di Nagoya City Mizuho Park Gymnasium sebentar tadi.

Zulkifli Abd Razak atau Sobey, Afifuddin Razali dan Aidil Aiman Azwawi terlebih dahulu meletakkan skuad negara di hadapan 15-10 pada set pertama.

Namun, segalanya berubah memasuki set kedua apabila pihak lawan menyamakan kedudukan dengan mengikat set kedua 15-13.

Bintang Sepaktakraw League (STL) itu ketinggalan seketika pada set ketiga sebelum bangkit untuk mendahului permainan.

Minit-minit akhir perlawanan menyaksikan Indonesia mengejar kedudukan 13-13 dan mencipta kejutan memenangi set penentuan itu dengan kemenangan 15-13, sekali gus memberikan mata pertama 1-0 buat negara itu.

Malaysia harus bangkit pada regu berikutnya bagi menghidupkan peluang ke final. 

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia merangkul pingat emas acara itu pada edisi 1990 di Beijing, China.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video

Advertisement