Disebalik kesibukan wartawan Nadi Arena, Karl Nunis, membuat liputan temasya Sukan Asia Aichi-Nagoya dan dalam perjalanan ke venue hoki di Kakamigahara, bagi aksi peringkat kumpulan skuad lelaki negara Malaysia bertemu Thailand pada Khamis, siaran langsung dalam program What’s Up Jepun menyingkap kisah pemberian tidak ternilai, jersi The Speedy Tigers oleh mendiang bekas jurulatih kebangsaan, Sarjit Singh.
Perkongsian itu menceritakan cinta dan jiwa bekas ketua jurulatih skuad negara itu terhadap sukan hoki.
Jersi tersebut kini tinggal kenangan dan dibawa ke bumi Jepun sebagai tanda hormat terhadap sumbangan yang telah diberikan mendiang Sarjit Singh.
Meskipun mendiang Sarjit Singh sudah tiada, tetapi jiwa & legasinya masih kekal bersama negara.
Wartawan Karl Nunis, mengabadikan hadiah kenangan jersi Speedy Tigers yang dihadiahkan kepada dirinya sebagai simbolik penghargaan daripada legenda hoki negara.
In loving memory 🕊️ pic.twitter.com/szTHzPUvpC— Astro Arena 🇲🇾 (@ASTROARENA) September 24, 2026
Sentuhan terakhir Sarjit Singh bersama kem negara, mengetuai kemaraan kem negara ke Piala Dunia 2026 di Ismailia, Mesir.
Suratan takdir atau kebetulan, Sarjit Singh merupakan rakan sepasukan bersama arwah ayah Karl, (Kevin Nunis) dalam skuad Olimpik Los Angeles 1984.