Skip to main content

Bola Sepak

Bola Sepak: Bekas pemain Liverpool kini usahawan 'Mangga'

Mane

Sadio Mane berterusan buktikan kenapa dia patut menjadi 'role model' di dalam mahu pun di luar padang. Terbaharu, Mane merasmikan projek mega ladang mangga yang dikenali sebagai SM10 Agro.

Projek seluas 500 hektar dan bernilai 20 juta dolar ini, dibiayai sepenuhnya oleh bekas pemain Liverpool dan Bayern Munich ini.

Projek ini akan dijalankan di tempat kelahirannya di Boudhie Mar, 5 kilometer (km) dari Bambali, Senegal.

Dijangka lebih daripada 1,000 peluang pekerjaan akan wujud daripada projek ladang mangga ini yang merangkumi ladang mangga, pusat pemprosesan, pusat latihan pertanian dan kemudahan penyelidikan.

Sebelum ini, pemain Al-Nassr itu pernah membiayai pembinaan sekolah, hospital, stesen minyak dan masjid selain menyediakan kemudahan internet untuk membantu masyarakat di Bambali.

"Saya tidak mahu dikenang hanya kerana gol yang telah saya jaringkan. Sebelum adanya stadium, lampu limpah dan kemenangan, adanya Bambali," kata Mane.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video

Advertisement