Kem karate kebangsaan terus mengharumkan nama Malaysia apabila terbaharu meraih pingat gangsa menerusi acara kata berpasukan lelaki di Gimnasium Toyohashi sebentar tadi.
Dalam aksi tersebut yang diwakili tiga atlet negara, Mukhriz Mazlan, Henry Haznil dan Aiqal Asmadie, menewaskan Vietnam menerusi keputusan pengadil 3-2.
🚨Bronze untuk Malaysia! Kemenangan 3-2 ke atas Vietnam dalam aksi penentuan pingat gangsa memastikan trio negara Mukhriz Mazlan, Henry Haznil dan Aiqal Asmadie naik podium di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026! 🇲🇾🥉@ASTROARENA pic.twitter.com/nS7MbjumAd
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) September 23, 2026
Terdahulu, Adeola Fay Robert menjadi penyumbang emas pertama kontinjen negara melalui final kumite wanita bawah 55 kilogram (kg) menewaskan wakil Iran, Fatemehzahra Saeidabadi, 6-4.
Malah, Thevendran Kaliana Sundram, membutirkan pingat gangsa sementara Sureeya Shankar Hari Shankar turut menghadiahkan gangsa menerusi acara karate kategori lelaki kumite 68kg.