Dua hari lagi sebelum edisi perdana saingan Piala ASEAN FIFA membuka tirainya di Indonesia pada Jumaat ini.
Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama Bangladesh, Singapura dan tuan rumah, Indonesia.
Berdasarkan tinjauan di laman Transfermarkt, Indonesia akan menurunkan skuad termahal dalam Kumpulan A bernilai €21.59 juta (RM100.79 juta).
Malaysia pula berada di tangga kedua dengan nilai €7.2 juta (RM33.61 juta).
Menyusul di tempat ketiga ialah Bangladesh, yang membawa skuad bernilai €6.63 juta (RM30.95 juta).
Singapura berada di tangga keempat dengan skuad bernilai €3.4 juta (RM15.87 juta).
Malaysia akan berdepan Bangladesh bagi aksi pertama Kumpulan A, Piala ASEAN FIFA di Stadium Gelora Bung Karno pada Jumaat ini.
Harimau Malaya kemudian akan berdepan tuan rumah, Indonesia, tiga hari kemudian sebelum menamatkan saingan pusingan awal itu dengan menghadapi Singapura pada 1 Oktober ini.