Pemain sayap Indonesia, Yakob Sayuri, diketepikan daripada saingan Piala ASEAN FIFA di laman sendiri bermula Jumaat ini gara-gara demam denggi berdarah.
Yakob, 28, dilaporkan sedang mendapatkan rawatan perubatan dan akan digantikan dengan pemain PSM Makassar, Rizky Eka Pratama.
Selain itu, Dony Tri Pamungkas juga terpaksa diketepikan daripada senarai akhir 23 pemain.
Pertahanan kiri berusia 21 tahun itu disahkan belum cukup cergas daripada kecederaan dan dihantar pulang ke kelabnya, Persija Jakarta, untuk menjalani pemulihan.
Tempatnya akan digantikan oleh rakan sekelab, Shayne Pattynama.