Dengan pengumuman besar sehingga mengakibatkan kekecohan di media sosial, Petronas tampil mengeluarkan kenyataan berkenaan pelaburan dalam liga bola sepak Bangladesh.
Dalam satu kemas kini rasmi, syarikat gergasi minyak terkemuka itu menafi sekeras-kerasnya sebarang bentuk penajaan melibatkan penganjuran liga, sekali gus menolak segala kerjasama berkaitan isu tersebut.
Advertisement
"Kami ingin menjelaskan bahawa Petronas tidak memeterai sebarang perjanjian penajaan untuk Liga Bolasepak Bangladesh, dan kami juga tidak membenarkan penggunaan nama atau jenama kami berkaitan dengan liga ini.
“PETRONAS tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian penajaan untuk Liga Bola Sepak Bangladesh”. - Petronas. ⛽️@ASTROARENA pic.twitter.com/ZSemzUYYQU
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) November 24, 2025
"Petronas memandang serius integriti jenama kami dan kekal fokus untuk memberikan nilai kepada pihak berkepentingan dan komuniti tempat kami beroperasi," katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, pengumuman itu tular di media sosial sejak malam tadi, dan menarik perhatian penyokong tempatan sambil memberikan pandangan masing-masing.
Dalam industri sukan, Petronas terkenal dengan penajaan gah dalam arena Formula 1 bersama Mercedes-AMG yang menyaksikan banyak kejayaan dihasilkan menerusi kerjasama itu.
Tidak dilupakan, Petronas merupakan rakan strategik Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dengan rekod penajaan paling tertinggi dalam sejarah.

Sepak Padu Dengan Nike
Diskaun 30% dan ke atas untuk kasut Nike. Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!