Bahang Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) 2026 semakin terasa apabila saingan dijadualkan membuka tirai esok.
Tiga venue akan menjadi tumpuan sepanjang kejohanan dengan Stadium Darul Makmur, Pahang menjadi lokasi utama bagi kebanyakan acara.
Sementara itu, acara lompat bergalah akan berlangsung di Universiti Putra Malaysia (UPM), manakala rejam lembing dijadualkan di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Selangor, Shah Alam.
Kejohanan ini bakal menghimpunkan atlet-atlet muda terbaik sekolah dari seluruh negara untuk merebut gelaran dalam pelbagai acara olahraga.
Dengan bakat baharu dijangka mencuri perhatian, MSSM Olahraga 2026 bukan sahaja menjadi medan perebutan pingat, malah pentas penting untuk mengenal pasti prospek masa depan olahraga negara.