Skip to main content

Berbasikal

LTdL: Graduan kejuruteraan awam pacu Bubbles O2 jadi jenama terkenal dalam industri sukan

bubbles o2

Perlumbaan berbasikal terbesar negara, Le Tour de Langkawi (LTdL), kembali menemui peminat sukan negara dengan penganjuran edisi ke-30 dari 27 September hingga 4 Oktober ini.

Sejajar dengan berkembangnya jenama perlumbaan itu, rakan rasmi dan penaja utama, Bubbles O2, meneruskan kerjasama mereka bagi tahun keempat berturut-turut.

Jenama air mineral semula jadi itu kian mendapat tempat di hati rakyat Malaysia saban tahun, khususnya dalam cabang sukan, bahkan ia kini sudah mula dikenali di peringkat antarabangsa.

Pendekatan yang dipilih Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bubbles O2 Sdn Bhd, Abdul Aziz Ariffin, untuk keterlibatan syarikat berkenaan dalam bidang sukan membuahkan hasil yang cukup besar sehingga diiktiraf dalam Anugerah Superbrands 2025.

Selain LTdL, Bubbles O2 juga menjadi rakan penaja kepada cabang sukan lain, antaranya Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan beberapa kelab tempatan seperti Terengganu dan Negeri Sembilan.

Selain itu, mereka juga menjalinkan kerjasama dengan Majlis Sukan Negara (MSN) melalui kontrak penajaan bernilai sekitar RM700,000 setahun untuk menyokong kesihatan, produktiviti, dan prestasi atlet Malaysia.

Abdul Aziz, yang merupakan anak kepada pengasas syarikat, Datuk Arifin Marzuki, berkata Bubbles O2 memilih untuk kekal menjadi rakan penajaan LTdL disebabkan kadar pulangan pelaburan yang cukup tinggi buat syarikatnya.

Selain itu, graduan kejuruteraan awam itu juga berkata perlumbaan berkenaan memberikan platform promosi yang cukup berkesan untuk memperkenalkan jenama mereka di peringkat tempatan dan antarabangsa.

"Kami mengambil penajaan ini berdasarkan prestasi pulangan penajaan yang cukup memberangsangkan sebelum ini," katanya dalam satu sidang media penajaan LTdL di ibu negara sebentar tadi.

"Ia memberi peluang kepada Bubbles O2 untuk mempromosikan jenama kami di peringkat antarabangsa, selari dengan misi dan visi kami untuk menjadikan Bubbles O2 sebagai jenama air mineral bertaraf antarabangsa.

"Setakat ini Bubbles O2 berjaya menembusi beberapa pasaran antarabangsa, termasuk negara ASEAN, Asia Barat dan Timur Tengah.

"LTdL juga memberikan ruang promosi domestik yang sangat efektif, bukan sekadar penyiaran di Astro Arena, Facebook dan YouTube, bahkan juga dengan program yang diadakan di sepanjang laluan, yang mendapat penglibatan puluhan ribu rakyat Malaysia.

"Program seperti ini memberikan peluang yang cukup besar untuk kami berada dekat di hati rakyat Malaysia."
 

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video

Advertisement