Petarung muay thai negara, Miki Ghazali Zulfikar, menepati ramalan apabila memenangi pingat emas acara featherwieght 57 kg apabila menumbangkan wakil tuan rumah, Sirilun Suphakon, di Stadium Lumpinee, Bangkok, sebentar tadi.
Baru berusia 16 tahun, Miki berdepan lawan yang tujuh tahun lebih tua tetapi aksi di atas gelanggang menunjukkan sebaliknya.
Advertisement
Miki memenangi dua pusingan pertama 10-9 dan biarpun tewas 9-10 dalam pusingan ketiga, ia sudah cukup untuk dia memenangi emas dengan keputusan 29-28.
Dia yang ditemankan abangnya, Johan Ghazali, kelihatan mengalirkan air mata sebaik diumumkan sebagai pemenang
Sebagai rekod, ia merupakan pingat emas ketiga kem muay thai negara selepas Angie Yan mengungguli acara wai kru wanita dan Wassof Rumijam memenangi emas bantamweight 54kg.