Skip to main content

Bola Sepak

Terkini: Jurulatih Sabah letak jawatan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Sabah

Dua hari sebelum perlawanan Liga Super minggu ke-12 menentang DPMM, Sabah kelihatan tempang apabila Jean-Paul de Marigny meletakkan jawatan selaku jurulatih berkuat kuasa hari ini.

Usai kekecewaan gagal menewaskan Johor Datul Ta'zim (JDT) dalam aksi final Piala FA Ahad lalu, De Marigny melepaskan kerusi panas itu meskipun berhasil membawa Sang Badak ke final selepas 27 tahun.

Advertisement

Menurut Transfermarkt, bekas pengendali Western Sydney itu merekodkan lima kemenangan dalam semua pertandingan domestik sejak ketibaannya pada Ogos lalu.

Terdahulu, Pengarah Teknikal yang juga merupakan legenda Sabah, Scott Ollerenshaw, turut meninggalkan kelab Borneo itu susulan faktor keluarga di Australia.
 

Must Watch Video