Penantian tamat. Syarikat barangan sukan terkemuka, Puma, akhirnya mengumumkan jersi ketiga Harimau Malaya berwarna biru selepas hampir tujuh tahun.
Untuk rekod, kali terakhir Malaysia mempunyai jersi berwarna biru pada era 2018-2020.
Advertisement
Puma yang menggantikan Nike selaku rakan strategik pakaian rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu menonjolkan corak kombinasi warna biru dan merah di Instagram rasminya, ketika ini.
Berkemungkinan besar, warna tersebut bakal digunakan pada Sukan SEA Thailand ini oleh skuad Harimau Muda, Malayan Tigress dan pasukan futsal kebangsaan.