Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk merujuk pegawai perlawanan kepada fasa pemulihan dan permurnian selama dua minggu bagi memperbaiki prestasi pada masa akan datang.
Ia, selepas timbul beberapa dakwaan berkenaan perlawanan Liga Super membabitkan Negeri Sembilan menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi Jumaat lalu.
Advertisement
Badan induk itu dalam satu kenyataan menjelaskan pengadil perlawanan, S. Logeswaran, dan pegawai video bantuan pengadil (VAR), Muhd Usaid Jamal, mendapati beberapa keputusan kurang tepat dilakukan khususnya berkaitan penguatkuasaan Undang-undang Permainan 12 – “Kesalahan dan Kelakuan Tidak Bersopan”.
Ini kerana, Jawatankuasa Penilaian Prestasi telah meneliti Laporan Penilai Pengadil termasuk analisis terhadap insiden-insiden utama yang berlaku sepanjang perlawanan.