Penganjuran sulung Kejohanan Hoki Remaja MADANI peringkat kebangsaan 2026 menampilkan banyak penyertaan dan sambutan baik di Stadium Hoki Bukit Jalil, pagi ini.
Kewujudan kelab hoki di Lembah Klang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.
Advertisement
Salah satu kelab hoki terkemuka, Anak Rimau menjadi antara pelopor projek pembangunan akar umbi bagi mengasah bakat dan teknik sukan hoki.
Memandangkan sukan hoki memerlukan skil kemahiran tinggi selain kefahaman peraturan permainan yang rumit -- peranan seorang jurulatih yang majoritinya merupakan cikgu menjadi figura penting dalam melahirkan pemain berkualiti.
"Kelab-kelab seperti ini membantu pemain seawal usia tujuh tahun mempelajari teknik asas hoki supaya mereka tersedia ke sekolah-sekolah elit.
"Terima kasih kepada pemain kebangsaan, Faizal Saari, kerana sering memberi nasihat daripada segi taktikal, motivasi dan membantu melonjak semangat.
"Semoga suatu hari nanti Anak Rimau melahirkan pemain seperti dia," kata jurulatih, Muhammad Faiz Abdul Rahim.