Skip to main content

Badminton

Terbuka Malaysia: Semangat juang tinggi pacu Leong Jun Hao singkirkan wakil China

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jun hao

Semangat juang tinggi yang dipamerkan perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, memacu dirinya mara ke pusingan kedua, Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2026 di Axiata Arena, sebentar tadi.

Wakil negara yang berada di ranking ke-28 dunia itu mempamerkan semangat juang tinggi untuk menewaskan lawan dari China, Wang Zheng Xing, dalam aksi straight set, 21-17,21-17.

Advertisement

Set pertama menyaksikan kedua-dua pemain saling berkejaran mata sehingga terikat 17-17 yang menjadi detik buat Jun Hao mengutip empat mata berterusan untuk menang 21-17.

Walaupun wakil China itu cuba mengheret Jun Hao ke set penentuan, namun wakil negara memperagakan aksi yang lebih menyakinkan dengan kekemasan aspek pertahanan untuk menamatkan permainan dengan kemenangan 21-17 dalam tempoh 48 minit.

Menanti Jun Hao dalam pusingan 16 nanti adalah wakil Chinese Taipei, Lee Chia Hao, mahupun pilihan keempat kejohanan, Jonatan Christie, dari Indonesia.

Must Watch Video