Skip to main content

Badminton

Terbuka Malaysia: Pameran jersi juara dunia dan sesi 'meet and greet' jadi tarikan peminat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fariha

Setiap kali penganjuran Petronas Terbuka Malaysia (PMO 2026), pastinya ada momen momen menarik pengunjung atau penonton yang hadir ke stadium untuk memberikan sokongan kepada pemain kesayangan.

Jika sebelum ini, saya bertugas di studio ataupun hadir sebagai seorang wartawan, kali ini saya berpeluang untuk turun ke Axiata Arena melihat sendiri kemeriahan PMO 2026. Dan yang paling mencuri tumpuan saya adalah betapa ramainya penyokong yang hadir walaupun baru di pusingan awal dan ketika waktu bekerja.

Advertisement

Selain dari melihat aksi pemain kebanggaan Malaysia, pengunjung disajikan dengan perlbagai aktiviti di ‘interactive booth’ sekitar stadium dan ini pilihan kegemaran saya:

1. Petronas X BAM Jersey Milestone

- Buat julung kalinya terdapat pameran jersi ikonik dimana antara jersi yang dipamerkan adalah jersi hijau yang disarung gandingan beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik ketika menjadi Juara Dunia BWF 2022 selepas 45 tahun.

- Seterusnya adalah jersi putih yang digayakan beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh EE Wei di Paris pada tahun 2025 selepas berjaya menjadi juara dunia dari Malaysia dalam kategori tersebut buat pertama kalinya. 

2. Meet and Greet

- Sebagai badminton lovers yang tegar, sudah pasti peluang untuk bertemu lebih rapat dengan pemain kesayangan menjadi sesuatu yang ditunggu tunggu. Anda boleh datang ke booth BAM Official Merchandise dan beli barangan khas eksklusif dan berpeluang mendapat 1 kupon meet and greet untuk berjumpa dengan pemain yang dijadualkan setiap hari.

 

 

 

 

Memang gempak! Jadi jika anda berkesempatan dan ada masa terluang, boleh lah pergi ke website rasmi untuk melihat sama ada tiket masih lagi ada ataupun tidak. Kalau ada terus je beli dan bawa rakan rakan atau satu keluarga untuk luangkan masa bersama, memang tak rugi!

Must Watch Video