Skip to main content

Badminton

Suku akhir Piala Thomas: Siaran langsung (live streaming) Malaysia vs China hari ini

LZJ

Skuad Piala Thomas negara akan turun berdepan juara bertahan, China, dalam saingan suku akhir yang berlangsung di Forum Horsens, Denmark petang ini.

Tugasan getir menanti dua perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao dan Justin Hoh, apabila bertemu pemain dalam kelompok ranking 10 terbaik dunia iaitu Shi Yu Qi dan Li Shi Feng.

Advertisement

Sementara pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menentang musuh tradisi, Liang Wei Keng-Wang Chang.

Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, yang berada di lokasi, pasukan lelaki kebangsaan sekali lagi mempertaruh gabungan 'scratch pair' Goh Sze Fei dan Tee Kai Wun dalam aksi keempat berpasukan.

Untuk rekod, ini adalah kali ke-10 skuad negara bertemu negara Tembok Besar itu dengan China memiliki kelebihan kemenangan.

Dua tahun lalu, Malaysia menamatkan saingan di tempat ketiga bersama Chinese Taipei.

SUKU AKHIR PIALA THOMAS: INFO SIARAN LANGSUNG (LIVE STREAMING) MALAYSIA VS CHINA

Tarikh: 1 Mei 2026 (Jumaat)
Saluran: Astro Badminton (815) dan Astro Arena (801)
Masa: Bermula 4.00 Petang (Waktu Malaysia)
Venue: Forum Horsens, Denmark

Anda juga boleh strim menerusi Astro Go atau Sooka dan maklumat terkini di Stadium Astro!


 

Must Watch Video