Skip to main content

SUKMA

Sukma Selangor: Jom daftar jadi sukarelawan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Sukma

Menjelang 188 hari upacara perasmian Sukan Malaysia (Sukma) Ke-22 dan Para Sukma Selangor 2026.

Sekurang-kurangnya khidmat 3,000 hingga 5,000 orang sukarelawan diperlukan sebagai nadi penggerak dalam melancarkan perjalanan penganjuran sukan dwitahunan kebangsaan itu pada Ogos dan September depan.

Advertisement

Sukarelawan ini akan membantu tugas-tugas pihak sekretariat penganjur di kesemua 52 venue utama pertandingan di sembilan daerah Selangor.

Belia yang berminat menjadi sukarelawan dijemput untuk mendaftarkan diri di laman sesawang rasmi.

Sejumlah 474 acara daripada 37 jenis sukan akan dipertandingkan dalam Sukma di sembilan daerah membabitkan 52 venue pertandingan, manakala Para Sukma membabitkan 10 jenis sukan dan 316 acara yang akan dipertandingkan di daerah Petaling dan Klang.

"Saya mengharapkan anak muda di Selangor khususnya dapat terlibat sebagai sukarelawan.

"Mereka akan dapat pendedahan yang jarang boleh didapati.

"Kami mahu penganjuran terbaik dan bermakna yang memberikan impak kepada anak-anak muda di Negeri Selangor," kata Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi.

Topik Berkaitan

Must Watch Video