Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Tiada pemain import, naturalisasi beri kem bola keranjang negara kelebihan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bola keranjang

Keputusan penganjur temasya Sukan SEA edisi ke-33 untuk tidak membenarkan penyertaan pemain import atau naturalisasi dianggap sebagai faktor utama yang mencerahkan peluang skuad bola keranjang negara merebut sekurang-kurangnya dua pingat di Thailand nanti.

Presiden Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), Datuk Seri Lee Tian Hock, menegaskan langkah itu memberikan landskap persaingan yang lebih seimbang, sekali gus menjadikan sasaran MABA lebih realistik berdasarkan kekuatan semasa pasukan tanpa mengira warna pingat dan kategori.

Advertisement

"Dahulu kami sasarkan satu pingat dan dapat, kini dua pingat dan kami sangat yakin. Pemain kini pamerkan samangat yang lebih tinggi.

"Dalam temasya kali ini mereka tidak benarkan pemain import atau naturalisasi, jadi kami memiliki peluang," katanya.

 

 

Menurutnya, skuad kebangsaan telah melalui persiapan intensif, termasuk latihan pusat dan penglibatan dalam perlawanan pemanas badan di beberapa buah negara antaranya, China, Taiwan dan Filipina bagi memperbaiki aspek keserasian dan kualiti permainan.

Tian Hock turut memaklumkan bahawa habuan istimewa menanti skuad kebangsaan sekiranya sasaran dua pingat itu berjaya direalisasikan.

"Rabu ini KBS akan ada aktiviti penyerang bendera, malam pula ada makan malam jadi saya akan beri mereka samangat dan jelaskan insentif menanti mereka nanti." tambahnya.

Must Watch Video