Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Syasya sebak hasrat tidak kesampaian

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Syasya akur terlepas pingat emas

Penembak wanita negara, Nurul Syasya Nadiah Ariffin, sebak susulan hasratnya untuk mempertahan emas acara 10 meter air pistol individu wanita tidak kesampaian pada temasya di Thailand.

Atlet Johor berusia 26 tahun itu terpaksa berpuas hati dengan gangsa setelah debar mengharungi aksi final yang diungguli penembak Sukan Olimpik Paris 2024, Trinh Thu Vinh dan Nguyen Thuy Trang untuk memastikan kemenangan 1-2 buat Vietnam.

Advertisement

"Secara keseluruhan saya beraksi agak baik. Ada sedikit kelemahan pada pusingan kelayakan dan final, tetapi saya cuba berikan yang terbaik untuk menyumbang pingat gangsa buat Malaysia," katanya.

"Kami tahu kekuatan mereka. Ada yang atlet Olimpik, tetapi ia bergantung kepada bagaimana kami perbaiki kelebihan sendiri," katanya.

Terdahulu, Syasya yang memenangi emas pada penampilan pertamanya di Sukan SEA hanoi bermula baik menerusi beberapa bidikan tepat, namun bergelut di pertengahan pusingan sebelum akhiri cabaran dengan 218.7 mata.

Penembak senior, Joseline Cheah pula di tempat ketujuh daripada lapan peserta final tatkala Malaysia turut meraih gangsa dalam acara 10 meter air pistol berpasukan wanita menerusi trio Syasya, Joseline dan Dina Batrisyia Adi Azhar.
 

Must Watch Video