Satu lagi pingat perak berjaya diraih menerusi sukan karate yang berlangsung hari ini dalam saingan Sukan SEA Thailand 2025.
Dalam acara kata berpasukan lelaki, Malaysia yang bertemu wakil tuan rumah dalam perebutan pingat emas.
Advertisement
Setiap gerak geri dipamerkan dengan cukup kemas namun tidak cukup untuk memukau para juri sekaligus menyaksikan Malaysia menamatkan cabaran dengan pingat perak.
Untuk rekod, ini merupakan pingat pertama daripada skuad karate negara bagi Sukan SEA edisi kali ini.