Skip to main content

Sukan Lain

Kejohanan Catur Pekak: Pemain catur pekak menyerlah, peluang wakili negara menanti

Kejohanan Catur Pekak: Pemain catur pekak menyerlah, peluang wakili negara menanti

Prestasi pemain catur yang menyerlah pada Kejohanan Catur Pekak baru-baru ini membuka peluang untuk mereka diserap ke dalam skuad kebangsaan bagi menghadapi kejohanan antarabangsa tahun depan.

Kejohanan Catur Orang Pekak Malaysia Edisi Pertama 2026 telah berjaya dianjurkan pada 12 hingga 13 September 2026.

Kejohanan peringkat kebangsaan ini mempertandingkan kategori Rapid Lelaki dan Rapid Wanita, serta menjadi platform penting untuk mencungkil dan mengenal pasti bakat-bakat baharu dalam kalangan atlet catur orang pekak dari seluruh negara.

Penganjuran sulung ini turut berperanan sebagai medan pemilihan dan persediaan awal untuk mengangkat atlet berpotensi mewakili kontinjen dalam Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) 2027.

Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf), Dr. Ong Shin Ruenn, memaklumkan satu mesyuarat jawatankuasa khas akan diadakan minggu depan bagi menentukan barisan pemain yang bakal diberi kepercayaan mewakili Malaysia.

Menurutnya, pencarian bakat baharu menjadi antara fokus utama persatuan bagi memastikan skuad negara mempunyai barisan pemain kompetitif untuk menghadapi Kejohanan Pekak Asia Pasifik serta temasya Winter Deaflympics 2027.

“Fokus adalah untuk pencarian bakat baru untuk mewakili Malaysia. Kami menghantar atlet ke dalam temasya Kejohanan Pekak Asia Pasifik dan Deaflympics Musim Sejuk nanti,” katanya

Sementara itu, Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Selangor (SELSDeaf), Datuk Sarkunan Balakrishnan, berpuas hati dengan pencapaian kontinjen negeri apabila muncul juara keseluruhan.

Selangor mengumpul empat pingat menerusi satu emas, satu perak dan dua gangsa.

Katanya, kejayaan itu mencerminkan komitmen tinggi yang diberikan setiap atlet sepanjang kejohanan.

“Secara amnya, ini merupakan penganjuran yang berjaya, setiap atlet memberikan komitmen yang tinggi.”

Pemilihan pemain ke skuad kebangsaan dijangka menjadi antara tumpuan selepas mesyuarat khas berkenaan, terutama dalam usaha MS-Deaf membentuk pasukan yang mampu membawa cabaran negara di pentas antarabangsa.
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video

Advertisement