Perlawanan kelayakan skuad negara dalam acara chinlone menyaksikan skuad lelaki negara menamatkan saingan di kedudukan keempat Sukan SEA Thailand 2025 selepas melakukan 167 kali timbangan.
Pada set pertama, skuad negara yang dibarisi oleh Zuleffendi Sumari, Norfaizzul Abd Razak, Farhan Adam, Aidil Aiman Azwawi, Amirul Zazwan, Hairul Hazizi, Azlan Alias dan Zarif Marican melakukan 81 timbangan, manakala set kedua menghasilkan 86 kali timbangan.
Advertisement
Myanmar begitu unggul dengan keseluruhan melakukan 545 timbangan.
Sementara itu, dalam kategori wanita pula, Malaysia menamatkan aksi kelayakan di kedudukan sama apabila melakukan keseluruhan 118 timbangan.
Set pertama menampilkan 54 timbangan disusuli 64 timbangan pada set berikutanya.
Menerusi kemas kini Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), pasukan Malaysia akan bermain dalam acara akhir untuk penentuan pingat.