Chef-de-mission (CDM) Malaysia dalam Sukan SEA Thailand 2025, Nurul Huda Abdullah, mengesahkan seorang pemain bola baling negara, Putra Ilyas, berhadapan kecederaan serius ketika menentang pasukan tuan rumah Thailand semalam.
Pemeriksaan awal yang dibuat di Hospital Pattaya Chonburi mengesahkan Shahir Akmal mengalami kecederaan terkehel tulang, sekali gus menafikan perjuangannya yang masih bersisa.
Advertisement
Shahir Akmal terpaksa dihantar pulang ke Kuala Lumpur hari ini bagi menjalani pemeriksaan lanjut di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan menjalani pemeriksaan lanjut.
"Dia kecewa tidak dapat teruskan perjuangan, malah ingin kekal bersama pasukan (sepanjang kempen).
"Tapi selepas berbincang dengan pegawai perubatan negara, dia perlu kembali ke tanah air (bagi menjalani rawatan)," katanya.