Skip to main content

Sukan SEA

Sukan SEA Thailand: Saya buat untuk Malaysia -- Tengku Arif Bendahara Pahang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Tengku

Dengan kali terakhir dipertandingkan dalam Sukan SEA Filipina 2019, acara ekuestrian polo kembali mendapat tumpuan di Thailand, sekali gus memberi harapan kepada kontinjen negara untuk menambah pungutan pingat. 

Ini kerana, dalam tiga edisi terakhir, Malaysia berjaya meraih satu pingat emas, dan kali ini kem negara turut berpeluang membawa pulang dua pingat bermula dengan gangsa dalam penentuan tempat ketiga acara two to four goals.

Terdahulu, Malaysia terpaksa akur kepada Brunei dalam separuh akhir selepas tewas 6-9.

Advertisement

Bagi Tengku Arif Bendahara Pahang, Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah, kekalahan tersebut jelas tidak menjejaskan momentum pasukan apabila sasaran utama ialah mempertahankan emas dalam four to six goals yang dimenangi Malaysia dalam Sukan SEA Kuala Lumpur (KL) 2017.

Ia juga ditambah dengan impian Tengku Muhammad Iskandar sendiri iaitu untuk mengulangi pencapaian ayahdanya, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada edisi 1983.

"Saya tidak mahu memikirkan terlalu jauh, sebaliknya melihat yang terdekat.

"Ini bukan untuk saya. Saya buat untuk negara.

"Dan, ini merupakan kali pertama saya mewakili Malaysia menyarung jersi kebangsaan.

"Ada lagi peluang. Moral kami tidak jatuh. 

Must Watch Video